Aktiviti

Inisiatif CCUS Malaysia

Pemacu Peralihan Tenaga berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR): Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS)
Edit Content

Inisiatif:

Peneraju:

Kementerian Ekonomi

Edit Content

Inisiatif:

Peneraju:

Kementerian Kewangan
Kementerian Ekonomi

Edit Content

Inisiatif:

Peneraju:

Kementerian Ekonomi
Edit Content

Inisiatif:

Peneraju:

Kementerian Ekonomi
Edit Content

Inisiatif:

Peneraju:

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Initiatives:

Champion:

Ministry of Economy

Initiatives:

Champion:

Ministry of Finance
Ministry of Economy

Initiatives:

Champion:

Ministry of Economy

Initiatives:

Champion:

Ministry of Economy

Initiatives:

Champion:

Ministry of Investment, Trade and Industry

Rang Undang-Undang CCUS

Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah penting untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang bagi menyokong dan mengawal selia aktiviti-aktiviti CCUS di seluruh negara

Penggubalan utama termasuk:

Satu Memorandum dibentangkan di Kabinet Malaysia pada 21 Mei 2024, bertujuan memulakan penyediaan rangka kerja tersebut.

01

Kementerian Ekonomi merancang untuk membentangkan cadangan Rang Undang-Undang CCUS kepada Parlimen pada November 2024.

02

Satu pembentangan kepada Kabinet Malaysia mengenai rangka kerja CCUS akan mendahului penyerahan kepada Parlimen.

03

Persidangan Pertama CCUS 2023 di Malaysia

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) – Pemacu utama dalam peralihan tenaga Malaysia. Persidangan ini bertujuan membentuk masa depan tenaga yang mampan dan berdaya tahan melalui empat tonggak utama:
1. Polisi & Peraturan
Asas CCUS: polisi dan peraturan sebagai pemacu penting bagi pelaksanaan CCUS: perbandingan pandangan dengan bidang kuasa lain
2. Perdagangan & Perindustrian
CCUS lebih mudah difahami: Polisi & Peraturan, pembiayaan iklim & perdagangan, dan kesediaan industri
3. Teknologi & Infrastruktur
CCUS sebagai penyelesaian teknologi penting dalam perlumbaan ke arah sifar bersih
4. Risiko & Mitigasi
Adakah CCUS satu Penyelesaian Sifar Bersih yang Selamat dan Boleh Dipercayai: Bagaimanakah kita menguruskan dan menangani risiko berkaitan secara efektif?
Ketahui bagaimana CCUS dapat mengubah landskap tenaga Malaysia dan menyumbang kepada matlamat iklim negara kita.

Sesi Penglibatan

7 Julai 2025

Bengkel pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia Sesi 2

Bengkel Pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia yang kedua telah diadakan di Hotel InterContinental Kuala Lumpur pada 7 Julai 2025. Bengkel ini dimulakan dengan perkongsian mengenai gambaran keseluruhan visi CCUS Malaysia dan proses pembangunan pelan hala tuju. Ini termasuk draf strategi semasa, merangkumi visi, petunjuk utama, teras strategik dan pemboleh daya, serta cabaran dan peluang utama yang dikenal pasti setakat ini. Bengkel ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak termasuk pemain industri dan persatuan serta pengawal selia dan institusi kewangan. Bengkel ini diakhiri dengan penyataan semula komitmen Malaysia untuk membina ekosistem CCUS yang kukuh.
2 Julai 2025

Bengkel pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia Sesi 1

Bengkel pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia yang pertama telah dijalankan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Bengkel ini berfungsi sebagai platform di kalangan Kementerian dan Agensi untuk mengesahkan strategi dan inisiatif yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia yang akan datang. Antara pihak yang terlibat termasuk wakil daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Negara dan Kelestarian Alam Sekitar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
7 Mei 2025

Kunjungan Hormat oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun

Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada wakil-wakil Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) dan Pusat CCS Indonesia pada 7 Mei 2025.
Sesi libat urus ini telah menjadi platform yang bermanfaat untuk bertukar pandangan dalam memajukan inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di setiap negara, dengan komitmen bersama untuk mempercepat tindakan iklim dan menggalakkan kerjasama serantau dalam teknologi rendah karbon.
7 Mei 2025

Forum Asia Pasifik 2025 mengenai Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (Forum APAC)

Forum Asia Pasifik 2025 mengenai Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (Forum APAC) yang dianjurkan oleh Global CCS Institute telah berlangsung dari 6 hingga 8 Mei 2025 di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Malaysia. Forum ini menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin industri dan pakar teknikal untuk mempercepat pelaksanaan teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di seluruh rantau Asia Pasifik. Acara ini dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, diikuti dengan sesi panel yang menampilkan YBhg. Dato’ Ts V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi. Sepanjang pelaksanaan forum ini, para peserta meneroka pembangunan dasar CCS, model pembiayaan dan hala tuju teknologi, sambil menggalakkan kerjasama untuk membina rantaian nilai CCS yang penting demi aspirasi sifar bersih rantau ini.
7 Mei 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia - Singapura mengenai CCS Rentas-Sempadan

Malaysia dan Singapura telah mengambil langkah penting dalam memperkukuh kerjasama iklim rentas-sempadan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama dalam inisiatif Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) Rentas Sempadan. MoU tersebut telah ditandatangani pada 7 Januari 2025 semasa Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 oleh YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia, dan TYT Encik Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura.
Sebuah Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan bagi melaksanakan MOU ini dan memudahkan pelaksanaannya. Mesyuarat sulung Jawatankuasa Bersama ini telah berjaya diadakan pada 7 Mei 2025, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala ke arah penyahkarbonan dan tindakan iklim serantau.
21 Mac 2025

Sesi Townhall Pembangunan Teknologi Berkaitan Inisiatif Pemerangkapan, Pembangunan Dan Penyimpanan Karbon (CCUS)

Sesi townhall ini bertujuan untuk membolehkan penyelidik dari universiti tempatan serta pemain industri membentangkan idea dan projek berkaitan teknologi CCUS tempatan bagi dipertimbangkan untuk perkembangan dan pengkomersialan.
Sesi ini diadakan pada 21 Mac 2025 bertempat di Everly Hotel, Putrajaya, dengan kehadiran seramai 100 peserta. Terdapat 10 pembentangan slaid mengenai teknologi CCUS, menampilkan pelbagai inovasi terkini dan 5 panel juri yang bertanggungjawab menilai projek-projek tersebut berdasarkan kriteria penilaian yang terperinci.
Sesi ini menjadi platform penting untuk menghubungkan akademia dan industri dalam usaha mempercepatkan penerapan teknologi CCUS di Malaysia.
1 Julai 2024

Sesi Dialog bersama Pemain Industri Hard to Abate dan Sektor Tenaga

Sesi dialog ini merupakan kesinambungan daripada sesi dialog sebelumnya bersama CSO dan NGO. Mengekalkan tema yang sama iaitu “Leveraging Community Synergies for a Sustainable and Just Transition”, sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas lanjut daripada industri hard to abate seperti industri simen, konkrit, keluli, petrokimia dan baja, serta industri tenaga Malaysia mengenai inisiatif CCUS di Malaysia.
Dr. Noranida Binti Zainal, Pengarah Bahagian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi memulakan majlis dengan menyampaikan ucaptama, diikuti dengan beberapa pembentangan mengenai pembangunan dasar CCUS daripada Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.
Satu sesi dialog turut diadakan dan antara topik utama yang dibincangkan termasuk polisi, perundangan, pembiayaan, pelaburan, infrastruktur, perdagangan karbon, cukai karbon dan keselamatan.