Aktiviti
Inisiatif CCUS Malaysia
Rang Undang-Undang CCUS
Penggubalan utama termasuk:
Persidangan Pertama CCUS 2023 di Malaysia
Sesi Penglibatan
08 Julai 2026
Kawasaki Heavy Industries Berkongsi Perkembangan Kajian Kebolehlaksanaan CCS
Mesyuarat bersama Kawasaki Heavy Industries memberi tumpuan kepada perkembangan terkini kajian kebolehlaksanaan bagi pelaksanaan Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) di Semenanjung Malaysia. Kajian tersebut turut mengemukakan cadangan dasar bagi menyokong pembangunan CCS di Malaysia. Sesi perbincangan ini turut menyediakan platform untuk bertukar pandangan mengenai dapatan kajian serta membincangkan hala tuju bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif CCS di Malaysia.
02 Julai 2026
Sesi Perbincangan Mengenai Struktur Tadbir Urus Pengeluaran Permit Penilaian Luar Pesisir (OAP) bagi Aktiviti Pemerangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Zon Ekonomi Eksklusif
Kementerian Ekonomi telah mengadakan Sesi Perbincangan Mengenai Struktur Tadbir Urus Pengeluaran Permit Penilaian Luar Pesisir (Offshore Assessment Permit – OAP) bagi aktiviti Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pada 2 Julai 2026, yang dihadiri oleh wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas terhadap draf Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard OAP yang sedang dibangunkan, di samping memperkukuh tadbir urus pengeluaran permit yang praktikal, telus dan berkesan bagi menyokong pembangunan industri CCUS negara.
22 Jun 2026
Bengkel Siri 1/2026 bagi memuktamadkan draf Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) berkaitan Permit Import dan Pendaftaran di bawah Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Bengkel Siri 1/2026 bagi memuktamadkan draf Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) berkaitan Permit Import dan Pendaftaran di bawah Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 pada 22 Jun 2026. Bengkel ini menghimpunkan agensi kerajaan dan pemain industri bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas untuk memastikan peraturan yang digubal dapat menyokong pembangunan ekosistem CCUS yang selamat, telus dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah mencapai aspirasi sifar bersih.
12 Mei 2026
Penyertaan Kementerian Ekonomi di Asia Carbon Capture 2026
Dr. Noranida Zainal mewakili Kementerian Ekonomi, Malaysia telah menyertai Asia Carbon Capture 2026 yang diadakan pada 12 Mei 2026 di Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre. Persidangan ini menghimpunkan penggubal dasar, peneraju industri dan pakar teknikal bagi membincangkan perkembangan serantau, peluang serta cabaran dalam memajukan aktiviti CCUS.
Semasa persidangan tersebut, Dr. Noranida telah menyampaikan pembentangan bertajuk Malaysia’s CCUS Act 2025: Unlocking Cross-Border Carbon Storage and Investment. Sesi ini mengetengahkan perkembangan terkini rangka kerja kawal selia dan dasar Malaysia dalam menyokong pelaksanaan CCUS. Pembentangan tersebut turut menekankan peranan CCUS dalam menyokong usaha penyahkarbonan di peringkat serantau melalui pemerkasaan pengurusan karbon rentas sempadan serta pengukuhan kerjasama antara negara dalam mempercepatkan peralihan ke arah masa depan rendah karbon.
Penyertaan Malaysia dalam Asia Carbon Capture 2026 mencerminkan komitmen berterusan negara dalam menyokong usaha penyahkarbonan, memperkukuh kerjasama strategik serta memacu pertumbuhan ekonomi rendah karbon
02 April 2026
Kementerian Ekonomi Menerima Kunjungan Hormat dari Brazil Mengenai CCUS
Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Brazil pada 2 April 2026. Pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memperkukuh pemahaman teknikal dan rangka kawal selia berkaitan pelaksanaan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS). Malaysia telah berkongsi kemajuan negara termasuk penguatkuasaan Akta CCUS 2025 mulai 1 Oktober 2025 dan penubuhan Agensi CCUS Malaysia. Brazil turut berkongsi perkembangan di negara tersebut termasuklah pelaksanaan beberapa projek rintis berkaitan CCUS. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk peranan badan kawal selia dalam aktiviti CCUS, kaedah penilaian tapak penyimpanan, pengurusan risiko dan liabiliti serta prosedur pasca-penutupan penyimpanan. Sesi kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dan perkongsian pengetahuan bagi pembangunan CCUS yang selamat, bertanggungjawab dan selaras dengan agenda peralihan ke arah masa depan rendah karbon.
31 Mac 2026
Bengkel Penyelarasan Kerja Kementerian Ekonomi Dan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS
Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS telah menganjurkan satu Bengkel Penyelarasan Kerja bagi membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama berkaitan pelaksanaan inisiatif pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia. Bengkel ini memberi tumpuan khusus kepada aspek penyelarasan di bawah kerangka perundangan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025. Perbincangan dalam bengkel ini menekankan kepentingan pendekatan bersepadu bagi memastikan pelaksanaan CCUS mematuhi keperluan perundangan sedia ada serta menyokong pembangunan ekonomi hijau negara. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus CCUS dan penyelarasan antara agensi selaras dengan agenda peralihan ke arah masa depan rendah karbon.
11 Februari 2026
Mesyuarat Kumpulan Kerja Pertama Malaysia–Jepun mengenai Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) Rentas Sempadan: Memperkukuh Kerjasama Dua Hala untuk Penyahkarbonan Serantau
11 Februari 2026
Merentas Sempadan: Dialog CCS Malaysia–Jepun
20 Januari 2026
Sesi Pembangunan Kapasiti Mengenai Penyimpanan Karbon
15 Oktober 2025
SIDANG KEMUNCAK CCUS 2025 JAPAN
9 Oktober 2025
Mesyuarat Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia
27 Ogos 2025
Bengkel Pemurnian Dokumen CCUS Roadmap 2025
13–14 Ogos 2025
Persidangan Offshore Energy Asia 2025
17-18 JULAI 2025
Sidang Kemuncak Carbon Capture APAC 2025
7 Julai 2025
Bengkel pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia Sesi 2
2 Julai 2025
Bengkel pembangunan Pelan Hala Tuju CCUS Malaysia Sesi 1
7 Mei 2025
Kunjungan Hormat oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun
7 Mei 2025
Forum Asia Pasifik 2025 mengenai Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (Forum APAC)
7 Mei 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia - Singapura mengenai CCS Rentas-Sempadan
21 Mac 2025
Sesi Townhall Pembangunan Teknologi Berkaitan Inisiatif Pemerangkapan, Pembangunan Dan Penyimpanan Karbon (CCUS)
1 Julai 2024
Sesi Dialog bersama Pemain Industri Hard to Abate dan Sektor Tenaga