mengenai

Kepentingan CCUS bagi Malaysia

Mengimbangi Pertumbuhan Ekonomi dan Kemampanan

Mitigasi Perubahan Iklim

Melalui pemerangkapan pelepasan CO₂ sebelum ia memasuki atmosfera, CCUS merupakan salah satu usaha mitigasi perubahan iklim yang bertujuan mengurangkan jumlah CO₂ yang dilepaskan.
Menurut Emission Index , Malaysia menyumbang sebanyak 0.69% daripada keseluruhan pelepasan global dan secara konsisten telah berada di tangga ke-29 sebagai pengeluar gas rumah kaca terbesar di dunia sejak tahun 1990. Sepanjang tempoh ini, pelepasan tahunannya telah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 2.4%.
Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan intensiti karbon (berbanding KDNK) sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding tahap pada tahun 2005. Untuk memudahkan pencapaian sasaran NDC, Malaysia akan membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan dan Pelan Hala Tuju NDC.
*Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Mencapai Sasaran Pengurangan Pelepasan

Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan intensiti karbon (berbanding KDNK) sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding tahap pada tahun 2005.
Nationally Determined Contributions (NDC) yang telah dikemaskini ini merangkumi tujuh gas rumah kaca, satu peningkatan ketara berbanding tiga gas yang diliputi dalam NDC asal. Untuk memudahkan pencapaian sasaran NDC, Malaysia akan membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan dan Pelan Hala Tuju NDC.

Memastikan Sekuriti Bekalan Tenaga

Dalam mengimbangi trilema tenaga dalam aspek keselamatan, kemampuan dan kemampanan, gas dijangka memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga Malaysia. Hal ini ditekankan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang terkini, di mana gas dijangka menyumbang sebanyak 56% daripada bekalan tenaga utama Malaysia untuk penjanaan elektrik menjelang 2050.
Pelaksanaan CCUS di Malaysia akan membolehkan penggunaan gas berterusan sebagai bahan api peralihan, serta sebagai satu alternatif yang lebih bersih daripada arang batu, di samping mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar. Inisiatif Ini akan memastikan bekalan tenaga Malaysia terjamin sepanjang peralihan tenaga.

CCUS sebagai Sumber Pertumbuhan Baharu

CCUS as A New Source of Growth

CCUS mempunyai potensi untuk merangsang pembangunan industri baharu melalui penggunaan CO₂ yang diperangkap secara inovatif. Pengaplikasian seperti konkrit yang dirawat dengan CO₂ dan e-bahan api, termasuk ekerosin dan e-metanol, menghasilkan peluang yang signifikan bagi penggunaan CO₂. Selain itu, sektor-sektor seperti pengeluaran hidrogen biru dan ammonia juga menawarkan peluang yang menjanjikan pengembangan ekonomi.

Melestarikan Usaha Penyahkarbonan

CCUS boleh digunakan dalam sektor penjanaan tenaga serta sektor-sektor hard to abate di Malaysia, seperti pembuatan simen, pengeluaran besi dan keluli serta pemprosesan kimia. Sektor-sektor ini memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui eksport barangan yang berterusan.
Pada masa yang sama, industri-industri ini juga menyumbang sebahagian besar pelepasan gas rumah kaca (GHG) di Malaysia. Pelaksanaan CCUS di Malaysia akan membantu mengurangkan pelepasan daripada industri-industri ini, seterusnya membantu negara dalam mencapai ekonomi rendah karbon.

CCUS Memperkasa Rakyat

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) memainkan peranan kritikal dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dengan mengimbangi objektif alam sekitar bersama dengan pembangunan industri. Berikut adalah gambaran keseluruhan bagaimana CCUS menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi:

Pembangunan Ekonomi Mampan

CCUS membolehkan industri-industri berkembang di samping mengurangkan jejak karbon yang terhasil. Dengan memerangkap dan menyimpan pelepasan karbon dioksida (CO₂), Malaysia berupaya untuk terus membangunkan sektor tenaga dan perindustrian secara mampan. Pendekatan ini selaras dengan komitmen iklim global serta dapat mengekalkan momentum ekonomi.

Penciptaan dan Inovasi Pekerjaan Baharu

Pelaburan dalam infrastruktur, teknologi dan projek CCUS merangsang penciptaan pekerjaan baharu dalam sektor-sektor seperti pembinaan, kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pelaksanaan teknologi. Inisiatif ini mendorong pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan inovasi dalam teknologi bersih dan mewujudkan permintaan untuk kemahiran baharu. Dengan memajukan teknologi CCUS, Malaysia boleh menempatkan dirinya sebagai peneraju dalam penyelesaian isu iklim yang inovatif di rantau ini, sekaligus meningkatkan kedudukannya di peringkat global dan membuka pasaran baharu dalam aspek teknologi dan kepakaran. Selain itu, inisiatif CCUS juga boleh menjana peluang perniagaan baharu dalam tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan perdagangan kredit karbon, seterusnya meningkatkan KDNK Malaysia dengan ketara dan mencipta kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Industri Berdaya Saing

Apabila polisi mengenai pelepasan karbon diperketatkan, industri perlu menanggung kos yang lebih tinggi dengan ketiadaan teknologi bersih. Oleh itu, CCUS dapat meningkatkan daya saing dengan membolehkan syarikat mematuhi piawaian alam sekitar yang lebih ketat serta mengekalkan produktiviti. Inisiatif ini dapat mengukuhkan asas industri dan menggalakkan pelaburan.

Menggalakkan Pelaburan dan Pembiayaan Hijau

Melalui pelaburan dalam inisiatif CCUS, Malaysia berpotensi memperoleh pembiayaan hijau dan pelaburan antarabangsa yang bertujuan untuk menyokong teknologi rendah karbon. Hal ini dapat memberikan akses kepada dana daripada organisasi antarabangsa dan pelabur yang tertumpu kepada projek mesra iklim. Dengan meletakkan negara ini sebagai hab serantau bagi CCUS, Malaysia dapat menarik pelaburan besar, seterusnya berpotensi menjana nilai tambahan sebanyak USD 200 hingga 250 bilion dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Memanjangkan Jangka Hayat Sektor-Sektor Utama

CCUS menyokong industri-industri hard to abate seperti simen, petrokimia serta besi dan keluli untuk beroperasi di bawah peraturan alam sekitar yang ketat. Inisiatif ini khususnya amat penting bagi Malaysia di mana ke semua sektor-sektor tersebut diperlukan bagi menjana hasil dan pekerjaan. Industri-industri ini boleh beralih terus kepada model pengeluaran rendah karbon daripada ditutup atau mengalami peralihan yang menelan belanja yang besar.

Aliran Pendapatan Baharu yang Terhasil daripada Penggunaan Karbon

Selain daripada pemerangkapan dan penyimpanan, karbon yang diperangkap boleh diubah suai kegunaannya untuk dijadikan produk inovatif seperti bio-bahan api, bahan kimia dan bahan binaan. Iinisiatif CCUS dapat mencipta pasaran dan aliran pendapatan baharu, memupuk ekonomi kitaran dan merangsang pertumbuhan dalam sektor yang sedang berkembang maju.

Meningkatkan Sekuriti Bekalan Tenaga

CCUS memudahkan pelaksanaan hidrogen biru (dihasilkan daripada gas asli melalui pemerangkapan karbon), mengurangkan kebergantungan kepada bahan api import. Inisiatif ini dapat meningkatkan sekuriti bekalan tenaga dan memastikan kestabilan ketika berlakunya peralihan ke arah masa depan rendah karbon, melindungi ekonomi daripada ketidakstabilan harga tenaga.

Mitigasi Kos Alam Sekitar dan Sosial

Pelaksanaan CCUS membantu menangani kerugian ekonomi yang berkaitan dengan perubahan iklim, seperti kejadian cuaca ekstrem, gangguan pertanian dan kesan terhadap kesihatan. Melalui pengurangan pelepasan CO₂, Malaysia dapat melindungi sektor-sektor utama seperti pertanian dan pelancongan, sekaligus memastikan sumbangan mereka berterusan kepada KDNK.
Dengan memanfaatkan CCUS, Malaysia berupaya menerajui peralihan tenaga di peringkat global, memastikan daya tahan ekonomi jangka panjang dan memacu pertumbuhan dalam industri–industri mampan yang semakin berkembang.

Stimulating Economic Growth

The development of CCUS projects could stimulate Malaysia’s economic growth through

New Industry Development

New Industry Development

Creating new industries in Malaysia, such as CO₂ transportation, storage management and utilisation technologies.

Investment Attraction

Investment Attraction

Attracting both domestic and foreign investments, bringing in capital and expertise.

Export Potential

Export Potential

Fuelling export activities when it comes to CCUS technologies, services and knowledge to other countries in the region.

Green Financing Opportunities

Green Financing Opportunities

Attracting green bonds and climate finance, helping Malaysia tap into the growing global market for sustainable investments.

Improved Economic Resilience

Improved Economic Resilience

Allowing Malaysia to better protect its existing industries from future carbon regulations and taxes.

Advancing with the Future

The development and implementation of CCUS in Malaysia could drive significant technological progress:

Innovation in capture technologies

Innovation in capture technologies

Encouraging the development of more efficient and cost-effective ways to capture carbon dioxide from various sources.

Advancements in Storage Techniques

Advancements in Storage Techniques

Bolstering improvements in geological assessment, monitoring and long-term storage of carbon dioxide, as well as new materials and methods for storage.

Progress in CO₂ utilisation

Progress in CO₂ utilisation

Providing research opportunities into new applications for captured carbon dioxide, such as in building materials, chemicals or fuels.

Improvements in Transportation Infrastructure

Improvements in Transportation Infrastructure

Fostering the development of efficient and safe CO₂ transportation networks, including pipelines and shipping methods.

Cross-Sector Technological Spillovers

Cross-Sector Technological Spillovers

Spurring advancements in innovations in various sectors, such as energy efficiency, materials science and process engineering.

Bolstering Malaysia’s Workforce

The implementation of CCUS technologies would create a range of new employment opportunities across various sectors:

High-Skilled

High-Skilled

Roles involving complex problem-solving, innovation and leadership.

(e.g. data scientists, project managers, geologists)

Medium-Skilled

Medium-Skilled

Roles involving specialised technical knowledge and practical skills.

(e.g. plant operators, maintenance technicians, laboratory technicians)

Technical and Vocational Education and Training (TVET)

Technical and Vocational Education and Training (TVET)

Enhancing education, training, and skills development for Malaysian workers.

(e.g. construction workers, machine operators, welders)

Training and Education

Training and Education

Nurturing capacity and knowledge in the CCUS sector through training and education, strengthening the workforce for the future.